Sunday, August 17, 2014

Apa itu Lampin Kain moden (Cloth Diaper)?

THIS IS STICKY POST
FOR NEW PRODUCT, PLEASE SCROLL 

Lampin kain moden atau lebih dikenali dengan nama Cloth Diaper adalah merupakan pengganti kepada lampin kain yang biasa digunakan semasa kita kecil. Penggunaan lampin kain moden adalah lebih mudah dan lebih kurang sama seperti disposable diaper (DD) dan lebih hebat ianya boleh dibasuh dan digunakan semula. Beberapa terma sering digunakan dalam dunia lampin kain moden.

A.              CD : cloth diaper / lampin kain.
B.               Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.
C.               Insert/Soaker : Merupakan penyerap kebasahan yangg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfiber. Boleh juga menggunakan kain lampin yang dilipat-lipat atau prefold.
D.              Microfiber : Sejenis material tuala yg tebal, digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.
E.               Fleece : Merupakan sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri-biri. Digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ini membuatkan bayi berasa selesa dan kering.
F.               PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.
G.              One size (OS) : Saiz boleh diubah dari S /M/L dengan menggunakan snap button yg disediakan, anggaran untuk digunakan dari bayi baru lahir (3kg) hingga 3thn(13kg).


Kedaiibudanabah hanya menjual jenis One Size Pocket Diaper sahaja buat masa sekarang. J

1 comment: